Bagi wanita bekerja, kebanyakan masa terluang di tempat kerja. Tak
mustahil jika stress di tempat kerja terbawa-bawa ke rumah sebab
fikiran seringkali teringat-ingat kerja. Kekadang bila tiba waktu untuk
balik ke rumah, sepanjang perjalanan dari tempat kerja ke rumah,
suasananya dipenuhi dengan sumpah-seranah, rasa tidak puas hati serta
geram. Lama-kelamaan stress kecil sebegini terbawa-bawa menjadi stress
besar hingga Anda hilang semangat nak bekerja.
Berikut adalah 4 petua bagaimana untuk mengatasi stress, khusus bagi wanita bekerja.
1. Jangan simpan, tapi alirkan stress tu.
Alirkan stress, jangan simpan di fikiran. Jika Anda perangi
stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Bina ketenangan,
kebahagiaan dan keseronokan agar Anda menemui lebih banyak ketenangan,
kebahagiaan dan keseronokan, bukan lebih banyak stress. Stress akan
menarik lebih banyak stress, ketenangan akan menarik lebih banyak
ketenangan. Alirkan stress dengan melakukan sesuatu – contohnya
memasak,menjahit, menonton wayang, menonton tv, menyapu, mengemas rumah
atau membaca majalah. Sibukkan diri. Elak untuk mengingati
perkara-perkara yang membuat Anda merasa stress ketika Anda melakukan
kesemua aktiviti-aktiviti ini, jika tidak petua ini tidak akan berkesan.
2. Fokus Pada Solusi.
Stress berpunca dari rasa tertekan sebab Anda dilanda masalah –
mungkin masalah tidak cukup masa, tidak cukup duit, mungkin berlaku
dugaan di luar jangkaan atau mungkin Anda mahu sesuatu terhasil ikut
kemahuan Anda tapi tak menjadi-jadi. Untuk mengatasi stress, fokus pada
penyelesaian. Selesaikan situasi yang Anda lalui. Kebanyakan wanita
mengalami stress kerana terlalu memikir masalah, bukan bertindak
menyelesaikan masalah.
3. Maafkan diri Anda kemudian lupakan semua yang dah berlalu.
Jangan pandang belakang. Maksudnya, apa yang dah berlalu biarkan
berlalu. Usah di ingat lagi. Hidup Anda maju ke depan, bukan ke
belakang. Anda makin tua, bukannya makin muda. Tak perlu ingat lagi
perkara yang dah berlalu. Kesilapan yang dah berlaku tak perlu di ingat
selalu. Jangan ingat dan jangan fikir walau cuma sesaat. Maafkan diri
Anda kerana terbuat silap. Selepas memaafkan diri sendiri, timbul rasa
bersemangat. Anda dapat mengatasi stress dengan cara ini.
4. Hampirkan diri Anda dengan cinta, kesyukuran dan kekitaan.
Dekatkan diri dengan seseorang
yang memahami Anda dan memberi semangat pada Anda. Kurangkan bergaul
dengan orang yang hanya tahu mengomen perbuatan Anda. Sebagai contoh,
jika Anda kurang bersemangat, jangan meluah masalah pada orang yang
hanya tahu mentertawakan Anda sebaliknya cari kawan yang sudi
mendengar. Luahkan masala Anda kesemuanya, ceritakan pada dia semua
perkara yang menstresskan fikiran Anda. Cara ni baik untuk mengatasi
stress. Wanita biasanya suka bercerita dari hati ke hati, namun Anda
perlu waspada sebab kawan tempat Anda meluah tu boleh mengumpat hal
Anda di belakang Anda, kekadang mentertawakan Anda tanpa Anda ketahui.
Kena bijak nilai kawan. Biar ada kawan seorang tapi memahami, dari
berkawan seribu tapi membuat fikiran haru-biru.
Amalkan 4 petua ini untuk Anda mengatasi stress – sama ada stress
di tempat kerja atau stress di rumah, andai kata Anda adalah seorang
suri rumah sepenuh masa.