Kita
boleh mengatur langkah tersendiri agar terselamat. Atau kita mengikut jejak2
yang pernah diatur oleh mereka yang pernah selamat. Kemungkinan kita jatuh
kecil sekali.
Bagi
saya guru terbaik manusia ialah pengalaman yang dilaluinya sendiri. Jika
pengalaman itu tidak ditempuhnya maka pengalaman orang lain adalah yang terbaik
untuknya mengambil ikhtibar dan pelajaran. Orang dahulu telah tercebur ke dalam
longkang itu, kita usah tercebur dalam longkang yang sama.
Namun,
setelah kita miliki semua yang kita usahakan, kadang2 yang baru akan mengatasi
yang lama. Rasa kasih, bangga dan gembira mengatasi perasaan yang sama dulunya.
Dulu kita amat bangga, amat gembira dan amat kasih, tapi sekarang seolah2 tiada
apa2.
Semua itu membuatkan kita termenung dan berfikir jauh. Bagaimana
orang boleh membuang terus sesuatu yang telah berjasa dalam hidupnya.
Sesuatu itu mungkin benda dan mungkin juga manusia. Jika manusia
mungkin ibu kandung, mungkin isteri, mungkin kekasih, mungkin kawan, mungkin
saudara mara dan seterusnya. Mengapa manusia mudah sahaja bercerai dan berpatah
arang? Apakah seorang suami yang pernah mengongsi hidupnya dengan seorang
wanita yang dulunya bergelar isteri tidak dihimbaukan kenangan2 manis?
Sebagaimana kita terkadang terkenang-kenangkan kenderaan2 yang pernah kita
miliki?
Sungguh
menghairankan, kita boleh ambil dan kita boleh buang begitu saja. Kita ambil
dengan penuh gembira tetapi selesa membuang seolah2 dia tidak pernah berjasa
dalam hidup kita. Aneh sungguh perasaan sesetengah kita. Manusia diibarat
pampers, pakai dan buang.
Andainya boleh,
pertahankanlah perhubungan kita sehingga akhir usia. Memamg bukan semua yg
dimilikinya menjadi kesukaan kita, tetapi bukan semua yang ada pada kita juga
istimewa buatnya. Kita sama2 berkongsi hidup untuk saling memberi dan
menerima.”
Kita boleh mengatur
langkah tersendiri agar terselamat. Atau kita mengikut jejak2 yang pernah
diatur oleh mereka yang pernah selamat. Kemungkinan kita jatuh kecil sekali.
Usah sangka kereta
jenama paling mahal tidak memberi masaalah. Adakalanya meragam juga. Usah
sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, adakalanya dia
lebih mengerti.
Usah sangka apa yang
belum kita miliki janji pada kebahagian kita. Adakalanya setelah kita miliki
itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai
bila2, adakalanya menjadi hitam dan menyusahkan.
Semuanya yang tidak
mampu kita miliki bukan penyebab pada ketidakselesaan hidup kita. Adakalanya
yang kita tidak mampu itulah asas kebahagian kita, lantaran jika kita mendapat
bermakna bertambahlah masalah, menjadi penyakit dan semakin hilanglah
kemerdekaan.
Selalu kita menyangka
yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang ditangan sendiri sentiasa
kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk2 pada kepunyaan orang sedangkan
orang turut terliur dengan apa yang kita miliki.
Jangan mudah membuang
tambah2 lagi jika ia bukan barang tapi ORANG.