Tuesday, July 17, 2012

Pahit Itu Manis

Pengalaman memiliki sesuatu yang berharga mungkin tidak ditempuh oleh semua orang. Kebetulan TUHAN memberikan sedikit kelebihan juga kekuatan kepada sesetengah orang untuk lebih berani. Maka mereka mempamerkan kekayaan dan juga keupayaan mereka.
 
Kita boleh mengatur langkah tersendiri agar terselamat. Atau kita mengikut jejak2 yang pernah diatur oleh mereka yang pernah selamat. Kemungkinan kita jatuh kecil sekali.
 
 
Bagi saya guru terbaik manusia ialah pengalaman yang dilaluinya sendiri. Jika pengalaman itu tidak ditempuhnya maka pengalaman orang lain adalah yang terbaik untuknya mengambil ikhtibar dan pelajaran. Orang dahulu telah tercebur ke dalam longkang itu, kita usah tercebur dalam longkang yang sama.
 
 
Namun, setelah kita miliki semua yang kita usahakan, kadang2 yang baru akan mengatasi yang lama. Rasa kasih, bangga dan gembira mengatasi perasaan yang sama dulunya. Dulu kita amat bangga, amat gembira dan amat kasih, tapi sekarang seolah2 tiada apa2.
 
Semua itu membuatkan kita termenung dan berfikir jauh. Bagaimana orang boleh membuang terus sesuatu yang telah berjasa dalam hidupnya.
 
Sesuatu itu mungkin benda dan mungkin juga manusia. Jika manusia mungkin ibu kandung, mungkin isteri, mungkin kekasih, mungkin kawan, mungkin saudara mara dan seterusnya. Mengapa manusia mudah sahaja bercerai dan berpatah arang? Apakah seorang suami yang pernah mengongsi hidupnya dengan seorang wanita yang dulunya bergelar isteri tidak dihimbaukan kenangan2 manis? Sebagaimana kita terkadang terkenang-kenangkan kenderaan2 yang pernah kita miliki?
 
Sungguh menghairankan, kita boleh ambil dan kita boleh buang begitu saja. Kita ambil dengan penuh gembira tetapi selesa membuang seolah2 dia tidak pernah berjasa dalam hidup kita. Aneh sungguh perasaan sesetengah kita. Manusia diibarat pampers, pakai dan buang.
 
Andainya boleh, pertahankanlah perhubungan kita sehingga akhir usia. Memamg bukan semua yg dimilikinya menjadi kesukaan kita, tetapi bukan semua yang ada pada kita juga istimewa buatnya. Kita sama2 berkongsi hidup untuk saling memberi dan menerima.”
 
Kita boleh mengatur langkah tersendiri agar terselamat. Atau kita mengikut jejak2 yang pernah diatur oleh mereka yang pernah selamat. Kemungkinan kita jatuh kecil sekali.
 
Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberi masaalah. Adakalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, adakalanya dia lebih mengerti.
 
Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagian kita. Adakalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila2, adakalanya menjadi hitam dan menyusahkan.
 
Semuanya yang tidak mampu kita miliki bukan penyebab pada ketidakselesaan hidup kita. Adakalanya yang kita tidak mampu itulah asas kebahagian kita, lantaran jika kita mendapat bermakna bertambahlah masalah, menjadi penyakit dan semakin hilanglah kemerdekaan.
 
Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang ditangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk2 pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki.
 
Jangan mudah membuang tambah2 lagi jika ia bukan barang tapi ORANG.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...