Fikiran dan emosi Anda banyak
dipengaruhi oleh kata-kata. Motivasi Anda juga dipengaruhi oleh
kata-kata.
Apa yang banyak
bermain di fikiran Anda sebenarnya adalah kata-kata yang diulang-ulangkan
selalu.
Kata-kata mempengaruhi tanggapan.
Tanggapan
mempengaruhi perasaan juga mempengaruhi emosi.
Perasaan dan emosi itu lantas mempengaruhi tindakan Anda.
Tindakan berangkai
ini boleh diringkaskan sepertimana berikut:
… kata-kata ->
tanggapan -> perasaan -> tindakan.
Dalam Bahasa
Inggeris, rangkaian ini disebut sebagaimana berikut:
…words ->
thought -> feeling -> action.
Dalam sehari,
berpuluh ribu kata-kata muncul sendiri di fikiran Anda.
Kenapa? Sebab apa?
Kata-kata di
fikiran Anda sebenarnya adalah respon Anda kepada sikap orang lain, tindakan
orang lain, cuma diungkap di dalam hati.
Kata-kata di
fikiran Anda juga adalah reaksi emosi Anda kepada setiap apa yang Anda lihat,
dengar, baca dan rasa.
Untuk merubah
fikiran menjadi fikiran postif, ubah kata-kata Anda kepada kata-kata positif
sahaja sepenuhnya.
Setiap kali Anda
berkata sesuatu di dalam hati, pastikan ia kata-kata positif sahaja.
Anda kena sedar
dan kawal kata-kata di fikiran.
Awas. Elak kata
main lepas saja.
Elak cakap main
hambur saja.
Elak cakap ikut
suka hati Anda saja.
Elak mengamalkan
sikap tidak ambil peduli dan tidak ambil kisah.
Berhati-hati
apabila Anda marah.
Elak untuk marah
kerana marah membuat Anda terjerumus ke lembah pemikiran negatif.
Bila sudah
terjerumus, susah untuk keluar lagi.
Marah adalah sikap
negatif. Maka orang cepat naik marah mahupun yang pemarah sememangnya orang
negatif.
Emosi marah
sebenarnya adalah respon negatif Anda pada sesuatu situasi, pada sesuatu
perbuatan orang lain, pada sesuatu benda.
Marah meledak
kerana Anda mengulang-ulangkan kata-kata yang membuat naik marah berulang-ulang
kali.
Sekarang, Anda
sudah nampak betapa besarnya peranan kata-kata pada diri Anda.
Mulai sekarang,
kawal kata-kata.
Sedarlah bahawa
kata-kata yang selalu bermain di fikiran Anda akan dijelmakan ke dunia nyata
menjadi situasi-situasi tak dijangka (unexpected events).
Jika kata-kata di
fikiran Anda selalu positif, maka situasi-situasi yang dijelmakan di dalam
hidup Anda juga akan jadi positif-positif saja.
Begitulah
sebaliknya.
Bezanya cuma cepat
atau lambat saja.
No comments:
Post a Comment