Wednesday, April 10, 2013

Appendiks

appendiks? huh...tak penah kena tapi tau la dari crita2 yang penah dengar...sakit bkn kepalang. haa...nak jadikan cerita, petang ahad matreza tetba mintak megi kari. dia ni suka makan pedas pedas. so dia pesan awai2, masak jangan buh ayaq telampau banyak nnt tak pedas, katanya.

aku pon turun la masak. macam aku la, aku buat macam biasa. rasanya kalo dah pedas tu letak ayaq banyak pon still pedas. so aku buh ayaq banyak, bg matreza trus kna marah. kata nya tak pedas. nak pedas lagu mana lagi pon tatau, cuma nasib baik dlm petiais tadak cili padi, kalo idak, harussss aku buh 3-4 bijik lagi kasi pedasss kaw punya. 

dalam kui 2 pagi camtu, matreza kata dia tak sedap perot. macam angin masuk perot. macam sengkak pon iya jugak. aku rasa maybe sbb megi kot, before ni pon penah jadi, so aku assume, nothing la. sakit perut biasa. matreza asik ulang toilet, tdok pon tak lena.

sampai la ke pagi isnin, aku duk siap2 nak pi keja, matreza mintak tolong. mukanya dah lain macam bekerut2 duk tahan sakit. katanya nak drive pon takleh, saket telampau. masa tu aku syak benda laen dah. trus cancel ke keja, call mak aku suh mai jaga baby afiq. aku heret la si alif sekali ke Columbia Asia Puchong. Yang paling dekat dan cepat.

sampai saja, doc check matreza semua bagai, apa dibuat aku pon tak sure. aku kat luaq dgn alif. then by 10 am baru matreza kata doc suh admit wad and petang tu jugek la na operate buang appendiks. haa...betoila appendiks. suka lagi makan pedas pedas. dah tak keruan dari 2 pagi smlm. lama jugek la menahan saket. maaf ya bang, isterimu tidak tahu. tapi, tak la saket mcm i yang nak besalin ni, semacam mau mati rasanya.

since smua bilik sorang full, matreza tepaksa la masuk wad yang ramai2 tu. keadaan sgt tak privacy. masa nak tunggu operate tu around 4 pm, nampak la matreza dah cool sikit. kalau pagi tadi mcam kucing nak beranak...oops! aku pon tnggu la, amek EL la harini, isnin and esoknya tew. tunggu la matreza kat spital. lagipon bkn selalu pon dia saket ni. (actually nya, lebih ke rasa guilty sebab masa duk ngadu sakit, bini blh buat donno).

aku asik berulang dari spital ke rumah. ada anak2 lagi nak kena jaga. mujor la kat bandar puteri ja, dekat. dalam kepala tetba terpikior, nasib la cuma appendiks. kalo bukan, kalo la sakit lain...macam2 kat kepala otak ni. huih...takot plak nak pikior...if something happens to matreza, makna nya semua aku kna tanggung. bkn main2 weh. tu la, matreza cakap sepatah, bepatah2 aku jawab. mmg tak bau sorga. astagfirullahalazim. 

mlm esoknya, matreza minta doc discharge dia. tak tahan katanya, baik rest kat umah. selesa. wad yang mintak pon tak dapat2. dapat MC 2 weeks. huh? susah sgt matreza ni nak MC, such a workaholic. kalo demam biasa2 pon, still pi opis. ada hikmah, Tuhan nak bagi rehat. hmm...nak makan pedas lagi matreza? lagi la mau, appendiks dah buang. hmm...

bg kes emergency kat atas, kalo ke spital gomen, tak sure la ptg tu jugek ka operate or bila. since ni private kan, cepat dan kasi buang trusss. sampai saja bil, boolat dan biru mata hitamku. bukan calang2 nak bayor bil sebegitu rupa. thanks la to majikan matreza cover ING utk staf nya. alhamdulillah. 

moral of the story: sila la amik insurans awai2. semasa sihat kita tak jangka tetba apa akan jadi ke depan. yang penting, apa jadi kat kita, anak2 kita terjamin. wallahualam.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...