Monday, September 9, 2013

Makan Besar sempena besday Matreza


Sesi makan-makan sempena besday Matreza yang ke-32! tempat yang paling dekat Sunway Piramid. I let the photo+s speak for itself. Newly-wed pun ada Cik Jia the pharmacist. But yang 1 couple lagi, wifenya tak dpt join. Hepy Beday!




~ END ~

Saturday, September 7, 2013

Renungan buat Para Suami

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri
setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan
ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu
semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara
yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini
menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa
dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan
memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat.
Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

Isteri bukan robot. Ketahuilah bahawa kami juga manusia. 

Thursday, September 5, 2013

Fakta Tentang Tidur

Tahukah anda bahawa tidur mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar mengistirahatkan tubuh saja. Kurang tidur boleh menbuatkan memori otak terganggu bahkan sampai tahap boleh bunuh diri. Jadi? Penelitian menemukan bahawa tidur tidak hanya melindung memori dari pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang kurang tidur dikatakan mempunyai hormon stres, kortikosteron yang lebih tinggi. Hormon inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa.

Masalah gangguan hormon kortikosteron ini boleh diatasi setelah anda mendapat tidur yang nyenyak selama seminggu.
Tapi jangan pula menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur. Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam. Namun ramai yang hanya menghabiskan waktu untuk tidur dan istirahat selama 5 jam saja.

Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh mendatangkan risiko masalah kardiovaskular.Hal ini berisiko besar terhadap gangguan jantung. Biasanya ini akan membuat detak jantung anda tidak normal. Tidur boleh jadi penyembuh yang baik. Pada saat inilah pertumbuhan organisme tubuh.

Sebagai contoh tidur boleh menumbuhkan tingkat hormon pertumbuhan dan menganti sistem imune. Pada orang dewasa, kurang tidur boleh menimbulkan depresi berat. Dalam keadaan kurang tidur yang parah, depresi akan bertambah ditambah otak tak boleh berpikir dengan betul, banyak kes bunuh diri juga dikatakan kerana kurang tidur. Amboi…bahaya tue.
  • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
  • Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).
  • Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
  • Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.
  • Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
  • Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
  • Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.
  • Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.
  • Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah.
  • Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita sedang dalam keadaan sadar.
  • Banyak orang menderita insomnia adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi. Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua.
  • Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur.
  • Suhu tubuh  akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit.
  • Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya  mengapa kaum ibu selalu bangun ketika bayinya menangis.


Bagaimana mendapatkan Tidur yang Sihat?
1. Persiapkan diri anda dengan memastikan anda dalam keadaan tenang dan santai sebelum anda tidur. Sebelum beranjak ke bilik tidur, lakukan aktiviti yang ringan. Hindari muzik yang keras dan televisyen. Matikan lampu. Membaca dan meditasi boleh membantu anda bersiap-siap untuk tidur.

2. Pastikan anda mentaati jadual rutin anda dengan tidur dan bangun di waktu yang sama setiap harinya. Tubuh anda akan terbiasa dengan jadual tersebut dan akan terbiasa mempersiapkan tidur yang lena. Pastikan bilik tidur anda dingin dan nyaman

3. Jika anda menghabiskan waktu lebih dari 15 minit di katil anda untuk bersiap tidur, sebaiknya lakukan sesuatu hal yang dapat membuat anda rileks. Akan tetapi jangan anda lakukan diatas kasur. Berada di ranjang saat terjaga malah meningkatkan kekhawatiran kamu tak bisa tidur.

4. Bersenam boleh membuat anda tidur lebih baik, tapi jika senaman itu dilakukan pada waktu yang sesuai. Waktu yang paling ideal untuk melakukan senaman adalah pada pagi hari. Bersenam pada siang hari akan membuat anda rasa mengantuk. Itu kerana senaman membuat tenaga dalam tubuh meningkat.

5. Jangan makan makanan berat sebelum tidur dan jangan mengambil minuman berunsurkan kafein pada malam hari. Jangan merokok, serta meminum alkohol kerana ia dapat mengganggu kemampuan tidur anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...