Sunday, June 17, 2012

4 petua bagaimana untuk mengatasi stress

Bagi wanita bekerja, kebanyakan masa terluang di tempat kerja. Tak mustahil jika stress di tempat kerja terbawa-bawa ke rumah sebab fikiran seringkali teringat-ingat kerja. Kekadang bila tiba waktu untuk balik ke rumah, sepanjang perjalanan dari tempat kerja ke rumah, suasananya dipenuhi dengan sumpah-seranah, rasa tidak puas hati serta geram. Lama-kelamaan stress kecil sebegini terbawa-bawa menjadi stress besar hingga Anda hilang semangat nak bekerja.

Berikut adalah 4 petua bagaimana untuk mengatasi stress, khusus bagi wanita bekerja.

1. Jangan simpan, tapi alirkan stress tu.

Alirkan stress, jangan simpan di fikiran. Jika Anda perangi stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Bina ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan agar Anda menemui lebih banyak ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan, bukan lebih banyak stress. Stress akan menarik lebih banyak stress, ketenangan akan menarik lebih banyak ketenangan. Alirkan stress dengan melakukan sesuatu – contohnya memasak,menjahit, menonton wayang, menonton tv, menyapu, mengemas rumah atau membaca majalah. Sibukkan diri. Elak untuk mengingati perkara-perkara yang membuat Anda merasa stress ketika Anda melakukan kesemua aktiviti-aktiviti ini, jika tidak petua ini tidak akan berkesan.

2. Fokus Pada Solusi.

Stress berpunca dari rasa tertekan sebab Anda dilanda masalah – mungkin masalah tidak cukup masa, tidak cukup duit, mungkin berlaku dugaan di luar jangkaan atau mungkin Anda mahu sesuatu terhasil ikut kemahuan Anda tapi tak menjadi-jadi. Untuk mengatasi stress, fokus pada penyelesaian. Selesaikan situasi yang Anda lalui. Kebanyakan wanita mengalami stress kerana terlalu memikir masalah, bukan bertindak menyelesaikan masalah.

3. Maafkan diri Anda kemudian lupakan semua yang dah berlalu.

Jangan pandang belakang. Maksudnya, apa yang dah berlalu biarkan berlalu. Usah di ingat lagi. Hidup Anda maju ke depan, bukan ke belakang. Anda makin tua, bukannya makin muda. Tak perlu ingat lagi perkara yang dah berlalu. Kesilapan yang dah berlaku tak perlu di ingat selalu. Jangan ingat dan jangan fikir walau cuma sesaat. Maafkan diri Anda kerana terbuat silap. Selepas memaafkan diri sendiri, timbul rasa bersemangat. Anda dapat mengatasi stress dengan cara ini.

4. Hampirkan diri Anda dengan cinta, kesyukuran dan kekitaan.

Dekatkan diri dengan seseorang yang memahami Anda dan memberi semangat pada Anda. Kurangkan bergaul dengan orang yang hanya tahu mengomen perbuatan Anda. Sebagai contoh, jika Anda kurang bersemangat, jangan meluah masalah pada orang yang hanya tahu mentertawakan Anda sebaliknya cari kawan yang sudi mendengar. Luahkan masala Anda kesemuanya, ceritakan pada dia semua perkara yang menstresskan fikiran Anda. Cara ni baik untuk mengatasi stress. Wanita biasanya suka bercerita dari hati ke hati, namun Anda perlu waspada sebab kawan tempat Anda meluah tu boleh mengumpat hal Anda di belakang Anda, kekadang mentertawakan Anda tanpa Anda ketahui. Kena bijak nilai kawan. Biar ada kawan seorang tapi memahami, dari berkawan seribu tapi membuat fikiran haru-biru.

Amalkan 4 petua ini untuk Anda mengatasi stress – sama ada stress di tempat kerja atau stress di rumah, andai kata Anda adalah seorang suri rumah sepenuh masa.

Friday, June 15, 2012

Layakkah anda menjadi seorang isteri?

Seringkali wanita bertanya, mengapa lelaki begitu, mengapa lelaki begini, mengapa lelaki selalu tidak menghiraukan wanita? Mengapa cinta lelaki selalu bertukar hambar pada wanita? – Namun, tidak pernah pula wanita bertanya, adakah wanita itu sendiri layak untuk dijadikan seorang isteri?

Pasti ramai yang mengaku diri mereka layak, kerana mereka rela berkorban, sanggup melakukan apa saja demi cinta, amat setia, ikhlas cinta, dan sangat sayangkan lelaki pilihannya itu. TETAPI, itu pendapat mereka sendiri. Bagaimana pula pendapat lelaki terhadap wanita, kekasih/tunang/bakal isterinya itu?

JADI, PERSOALANNYA… “Adakah anda layak untuk dijadikan isteri?”

TIP 1 : Letakkan AGAMA no 1 di dalam perhubungan cinta anda agar pasangan lelaki anda merasa segan untuk dengan mudah mempermainkan anda. Jika kerana agama, membuatkan anda susah untuk mendapat jodoh, well itu lebih baik daripada mendapat jodoh yang tak ada pegangan agama dan tidak menghormati agama sendiri.

TIP 2 : Jangan terlalu MUDAH! Jika anda mudah diayat, mudah dipegang, digosok, dan akhirnya mudah dinoda, anda sebenarnya jauh daripada layak untuk dijadikan isteri. Jika anda begitu mudah melepaskan ‘Mahkota’ anda, apakah yang anda ada lagi untuk lelaki merasa anda layak untuk dijadikan isteri? (Berbeza jika anda pernah terlanjur dan sudah bertaubat, insyaAllah anda masih mempunyai peluang)

TIP 3 : Lelaki mahu merasa SELAMAT dan PERCAYA kepada anda untuk melepaskan anda pergi kemana sahaja atau membiarkan anda bersama sesiapa sahaja. Untuk itu anda perlu ubah diri anda agar tidak terlalu sosial dan bijak berkawan. Di saat lelaki mulai percaya kepada anda, anda layak menjadi isterinya. (Berbeza dengan waktu mulai memikat, kena buat lelaki rasa kurang selamat)

TIP 4 : PANDAI MEMASAK! – Pandai? Tak pandai? Aisehman… macamana nak kahwin ni? Mungkin lelaki akan berkata, tak kisah, it’s okay, kita beli nasi bungkus je atau kita makan luar je… Yaa… setahun dua boleh lah kut. Selepas tu? Takkan 5-10 tahun makan kat luar je atau makan makanan yang dimasak oleh orang lain? Wanita kena tahu memasak, itu penting. Air tangan anda tu biar dia dapat rasakan sebelum kahwin lagi, barulah dia akan selalu nak makan masakan anda, dan pastinya mahu anda menjadi isterinya!

TIP 5 : JANGAN HANYA MENGIKUT – Sesetengah lelaki suka memiliki wanita bijak! Atau wanita yang pandai membuat keputusan. Wanita yang punya pemikiran matang dan boleh berdikari. Jika anda asyik suka mengharap pada lelaki saja. Anda memang tidak layak untuk dijadikan isteri. Jika apa nak makan, mana nak pergi, apa nak buat pun anda tidak boleh nak cakap… itu yang pasangan anda jadi bosan tu, dan pergi dengan girl lain tu, adoi!

TIP 6 : BERANI! – Lelaki bukan berani sangat kalau berdepan dengan wanita yang lebih berani! Malah ada yang kecut perut. Jadi, anda kena berani untuk say NO, atau berani untuk melawan kehendak lelaki. Ini akan membuat lelaki terfikir yang anda bukan boleh main-main. At the end, ia membuatkan lelaki menurut apa saja kata wanita. So, anda boleh lihat sendiri situasi yang anda berada sekarang. Adakah lelaki ikut anda atau anda ikut lelaki?

TIP 7 : BIJAK MENGURUS KEWANGAN – Ramai wanita menganggapnya remeh. Tetapi ini adalah salah satu perkara paling penting untuk melayakkan anda menjadi seorang isteri. Lelaki mahu merasa UNTUNG bersama anda. Mereka tak mahu rasa RUGI! Jadi, apabila anda ada hutang sekeliling pinggang, boros, suka membeli barang-barang mahal, duit habis sebelum hujung bulan, mungkin peluang untuk dijadikan isteri agak tipis! (Nak belanja besar boleh, tapi you la kena gaji besar ler)

TIP 8 : Lelaki mahu kahwin dengan seorang WANITA, bukan dengan budak kecik yang merenget tak habis-habis hehehe… Adakah anda seorang wanita atau budak kecik? Adakah anda wanita yang punya pendirian? Berpelajaran tinggi? berfikiran Matang? Berdikari? Berdikari? Berdikari?
Sendiri jawab! Semua sudah tertera, semua sudah nyata kalau ada lagi yang musykil tak tahulah haha… – Jangan bila kita bersalah, kita nak cari salah lelaki pula, lalu cakap layak ke lelaki jadi suami?

Face your problem, don’t run away from it! Imagine, persoalan macam gini pun anda tidak boleh handle dan tak boleh nak buat keputusan dengan betul, bagaimana lelaki nak jadikan anda seorang isteri?
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...