Tuesday, August 28, 2012

Istimewanya seorang Wanita

Allah S.W.T berfirman: 

"Ketika  Aku  menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang  yang istimewa. 

"Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." 

"Aku  memberikannya  kekuatan  dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. " 

"Aku   memberinya  kekerasan  untuk  membuatnya  tetap  tegar ketika orang-orang   lain   menyerah,   dan   mengasuh   keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." 

"Aku  memberinya  kepekaan  untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." 
 
"Aku  memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan   melengkapi   dengan  tulang  rusuk  suaminya  untuk melindungi hatinya."
 
"Aku  memberinya  kebijaksanaan  untuk mengetahui bahwa seorang suami yang  baik  takkan  pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya  dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu." 

"Dan  akhirnya,  Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." 

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
 

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak berperasaan;
 
1. Sekurang-kurangnya ada orang dalam dunia ini menyayangi anda dan  sanggup mati kerana anda. 
 
2. Sekurang-kurangnya ada orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. 
 
3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. 
 
4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda. 
 
5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur. 
 
6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang. 
 
7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia. 
 
8. Anda seorang yang istimewa dan unik. 
 
9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda. 
 
10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya. 
 
11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka. 
 
12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya. 
 
13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela. 
 
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya. 
 
15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. 
 
Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik. 


Wednesday, August 15, 2012

Eid Mubarak 2012


tinggai lg 2 hari saja nk sambut raya...dah sebulan berposa, tapi posa ku tak full la...asik nampak benda mkn...hehe...tapi bangun setiap pagi siapkan soq (sahur) untuk abe mat...nampak gaya taun ni, berat bdn dia susah nak turun...dulu soq dgn 2 sachet nestum saja...lani tiap2 pagi aku sedia nasik...ada 4 or 5 kali telepas soq, tu pon ms weekend, penat pi membeli kelengkapan raya gamaknya...tdok samapi tak sedaq habaq...slalu around 4.30 / 4.45 pagi dah bangun...

aku amek kesempatan ni untuk ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kaum muslim seagama ku...pada yang lain Selamat Bercuti...

lagi 2 hari nak balik a.setaq, baju pon belum berkemaih...dah nama bini dan mak, semua benda kena uruskan walaupon bwk budak dlm perot...letih yang amat, hanya Tuhan yang tau...dari baju melayu laki, anak, baju raya yang lain, kasut anak, duet raya, kueh raya, buah tgn untuk ibu mertua smua nya kena siapkan...

aku amek weekend yang ke-2 untuk pi shopping, al maklum, jalan pon tak larat, jalan sikit, cari kerusi duk sat 5-8 minit then sambung lagi...tekedek2 cari baju...tempat slalu aku pi One Utama lor...senang cari baju anak, kedai pon byk...dari GapKids, Pumpkin Patch, Mothercare smua ada...encek abe tadak kedai len, Guess aau Gap pasai kami ada kad, spend dpt diskaun, berbaloi la...cuma baju aku saja susah nak cari, yang ada tak bekenan pulak...tapi beli lah jgk 3 helai...weekend seterusnya baru cari baju jubah aku...asai try saja, abe mat geleng kepala tanda tak elok...hmm...last2 beli baju kurung saja, size L hokeyyy? rega tu tak tahan la, pakai skali saja, sama rega baju Jovian Mandagie gitew...

so, Jumaat ni la baru nak packing2...penat mak ai..sbb baju baru semua aku cuci dulu...pagi Sabtu insya'allah kami betolak ke Aloq Setaq...


bagi kami yang guna PLUS ni ada jadual yang depa dah sedia untuk elak dari kesesakan melampau...hati-hati & semoga sampai ke destinasi dengan selamat nya...


Wordless wednesday


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...