Sunday, June 17, 2012

4 petua bagaimana untuk mengatasi stress

Bagi wanita bekerja, kebanyakan masa terluang di tempat kerja. Tak mustahil jika stress di tempat kerja terbawa-bawa ke rumah sebab fikiran seringkali teringat-ingat kerja. Kekadang bila tiba waktu untuk balik ke rumah, sepanjang perjalanan dari tempat kerja ke rumah, suasananya dipenuhi dengan sumpah-seranah, rasa tidak puas hati serta geram. Lama-kelamaan stress kecil sebegini terbawa-bawa menjadi stress besar hingga Anda hilang semangat nak bekerja.

Berikut adalah 4 petua bagaimana untuk mengatasi stress, khusus bagi wanita bekerja.

1. Jangan simpan, tapi alirkan stress tu.

Alirkan stress, jangan simpan di fikiran. Jika Anda perangi stress, Anda akan dapat lebih banyak stress. Bina ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan agar Anda menemui lebih banyak ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan, bukan lebih banyak stress. Stress akan menarik lebih banyak stress, ketenangan akan menarik lebih banyak ketenangan. Alirkan stress dengan melakukan sesuatu – contohnya memasak,menjahit, menonton wayang, menonton tv, menyapu, mengemas rumah atau membaca majalah. Sibukkan diri. Elak untuk mengingati perkara-perkara yang membuat Anda merasa stress ketika Anda melakukan kesemua aktiviti-aktiviti ini, jika tidak petua ini tidak akan berkesan.

2. Fokus Pada Solusi.

Stress berpunca dari rasa tertekan sebab Anda dilanda masalah – mungkin masalah tidak cukup masa, tidak cukup duit, mungkin berlaku dugaan di luar jangkaan atau mungkin Anda mahu sesuatu terhasil ikut kemahuan Anda tapi tak menjadi-jadi. Untuk mengatasi stress, fokus pada penyelesaian. Selesaikan situasi yang Anda lalui. Kebanyakan wanita mengalami stress kerana terlalu memikir masalah, bukan bertindak menyelesaikan masalah.

3. Maafkan diri Anda kemudian lupakan semua yang dah berlalu.

Jangan pandang belakang. Maksudnya, apa yang dah berlalu biarkan berlalu. Usah di ingat lagi. Hidup Anda maju ke depan, bukan ke belakang. Anda makin tua, bukannya makin muda. Tak perlu ingat lagi perkara yang dah berlalu. Kesilapan yang dah berlaku tak perlu di ingat selalu. Jangan ingat dan jangan fikir walau cuma sesaat. Maafkan diri Anda kerana terbuat silap. Selepas memaafkan diri sendiri, timbul rasa bersemangat. Anda dapat mengatasi stress dengan cara ini.

4. Hampirkan diri Anda dengan cinta, kesyukuran dan kekitaan.

Dekatkan diri dengan seseorang yang memahami Anda dan memberi semangat pada Anda. Kurangkan bergaul dengan orang yang hanya tahu mengomen perbuatan Anda. Sebagai contoh, jika Anda kurang bersemangat, jangan meluah masalah pada orang yang hanya tahu mentertawakan Anda sebaliknya cari kawan yang sudi mendengar. Luahkan masala Anda kesemuanya, ceritakan pada dia semua perkara yang menstresskan fikiran Anda. Cara ni baik untuk mengatasi stress. Wanita biasanya suka bercerita dari hati ke hati, namun Anda perlu waspada sebab kawan tempat Anda meluah tu boleh mengumpat hal Anda di belakang Anda, kekadang mentertawakan Anda tanpa Anda ketahui. Kena bijak nilai kawan. Biar ada kawan seorang tapi memahami, dari berkawan seribu tapi membuat fikiran haru-biru.

Amalkan 4 petua ini untuk Anda mengatasi stress – sama ada stress di tempat kerja atau stress di rumah, andai kata Anda adalah seorang suri rumah sepenuh masa.

Friday, June 15, 2012

Layakkah anda menjadi seorang isteri?

Seringkali wanita bertanya, mengapa lelaki begitu, mengapa lelaki begini, mengapa lelaki selalu tidak menghiraukan wanita? Mengapa cinta lelaki selalu bertukar hambar pada wanita? – Namun, tidak pernah pula wanita bertanya, adakah wanita itu sendiri layak untuk dijadikan seorang isteri?

Pasti ramai yang mengaku diri mereka layak, kerana mereka rela berkorban, sanggup melakukan apa saja demi cinta, amat setia, ikhlas cinta, dan sangat sayangkan lelaki pilihannya itu. TETAPI, itu pendapat mereka sendiri. Bagaimana pula pendapat lelaki terhadap wanita, kekasih/tunang/bakal isterinya itu?

JADI, PERSOALANNYA… “Adakah anda layak untuk dijadikan isteri?”

TIP 1 : Letakkan AGAMA no 1 di dalam perhubungan cinta anda agar pasangan lelaki anda merasa segan untuk dengan mudah mempermainkan anda. Jika kerana agama, membuatkan anda susah untuk mendapat jodoh, well itu lebih baik daripada mendapat jodoh yang tak ada pegangan agama dan tidak menghormati agama sendiri.

TIP 2 : Jangan terlalu MUDAH! Jika anda mudah diayat, mudah dipegang, digosok, dan akhirnya mudah dinoda, anda sebenarnya jauh daripada layak untuk dijadikan isteri. Jika anda begitu mudah melepaskan ‘Mahkota’ anda, apakah yang anda ada lagi untuk lelaki merasa anda layak untuk dijadikan isteri? (Berbeza jika anda pernah terlanjur dan sudah bertaubat, insyaAllah anda masih mempunyai peluang)

TIP 3 : Lelaki mahu merasa SELAMAT dan PERCAYA kepada anda untuk melepaskan anda pergi kemana sahaja atau membiarkan anda bersama sesiapa sahaja. Untuk itu anda perlu ubah diri anda agar tidak terlalu sosial dan bijak berkawan. Di saat lelaki mulai percaya kepada anda, anda layak menjadi isterinya. (Berbeza dengan waktu mulai memikat, kena buat lelaki rasa kurang selamat)

TIP 4 : PANDAI MEMASAK! – Pandai? Tak pandai? Aisehman… macamana nak kahwin ni? Mungkin lelaki akan berkata, tak kisah, it’s okay, kita beli nasi bungkus je atau kita makan luar je… Yaa… setahun dua boleh lah kut. Selepas tu? Takkan 5-10 tahun makan kat luar je atau makan makanan yang dimasak oleh orang lain? Wanita kena tahu memasak, itu penting. Air tangan anda tu biar dia dapat rasakan sebelum kahwin lagi, barulah dia akan selalu nak makan masakan anda, dan pastinya mahu anda menjadi isterinya!

TIP 5 : JANGAN HANYA MENGIKUT – Sesetengah lelaki suka memiliki wanita bijak! Atau wanita yang pandai membuat keputusan. Wanita yang punya pemikiran matang dan boleh berdikari. Jika anda asyik suka mengharap pada lelaki saja. Anda memang tidak layak untuk dijadikan isteri. Jika apa nak makan, mana nak pergi, apa nak buat pun anda tidak boleh nak cakap… itu yang pasangan anda jadi bosan tu, dan pergi dengan girl lain tu, adoi!

TIP 6 : BERANI! – Lelaki bukan berani sangat kalau berdepan dengan wanita yang lebih berani! Malah ada yang kecut perut. Jadi, anda kena berani untuk say NO, atau berani untuk melawan kehendak lelaki. Ini akan membuat lelaki terfikir yang anda bukan boleh main-main. At the end, ia membuatkan lelaki menurut apa saja kata wanita. So, anda boleh lihat sendiri situasi yang anda berada sekarang. Adakah lelaki ikut anda atau anda ikut lelaki?

TIP 7 : BIJAK MENGURUS KEWANGAN – Ramai wanita menganggapnya remeh. Tetapi ini adalah salah satu perkara paling penting untuk melayakkan anda menjadi seorang isteri. Lelaki mahu merasa UNTUNG bersama anda. Mereka tak mahu rasa RUGI! Jadi, apabila anda ada hutang sekeliling pinggang, boros, suka membeli barang-barang mahal, duit habis sebelum hujung bulan, mungkin peluang untuk dijadikan isteri agak tipis! (Nak belanja besar boleh, tapi you la kena gaji besar ler)

TIP 8 : Lelaki mahu kahwin dengan seorang WANITA, bukan dengan budak kecik yang merenget tak habis-habis hehehe… Adakah anda seorang wanita atau budak kecik? Adakah anda wanita yang punya pendirian? Berpelajaran tinggi? berfikiran Matang? Berdikari? Berdikari? Berdikari?
Sendiri jawab! Semua sudah tertera, semua sudah nyata kalau ada lagi yang musykil tak tahulah haha… – Jangan bila kita bersalah, kita nak cari salah lelaki pula, lalu cakap layak ke lelaki jadi suami?

Face your problem, don’t run away from it! Imagine, persoalan macam gini pun anda tidak boleh handle dan tak boleh nak buat keputusan dengan betul, bagaimana lelaki nak jadikan anda seorang isteri?
 

Friday, June 8, 2012

Dah Ready Nak Kawen?

Bila tiba musim raya, musim keramaian, musim kenduri… yang akan berkahwin tu sure happy je la kan. Alhamdulillah, semoga berkekalan hingga ke akhir masa. Tapi bagi yang tak kahwin-kahwin tu? Adoi… kesiannnn…
 
Bagi girls lah yang selalunya akan lebih terasa tension dan tertekan akibat soalan dan pertanyaan bertubi-tubi sepanjang ‘Musim Raya+kahwin” ni kan…tapi kan, you all ni yang asyik memikirkan tentang nak kahwin… asyik bercakap pasal nak kahwin, “Nak kahwin…nak kahwin… let me ask you, dah betul-betul ready ke nak kahwin?” Jangan hanya mulut kata ready tetapi hati, jiwa dan diri masih tak tahu, tak yakin… macamana nak kahwin cam tu beb?
 
Let me ask you MORE :-
 
Adakah anda sudah sedia untuk memasak sedap-sedap setiap hari kepada suami anda? – 
Ooo…nak cari pasangan yang tak kisah isteri pandai/boleh masak ke tak. I tell you, lelaki sekejap je tak kisah, sekejap je boleh la makan luar… Tapi, takkan nak makan nasi bungkus je beb, takkan nak makan luar setiap masa… sampai suatu masa, mesti nak isteri dia masak. Sebab, dia rindukan masakan mak dia… so, boleh masak?
 
Adakah anda sudah sedia untuk meninggalkan kehidupan sosial anda? - 
 Tidak boleh serapat mana berkawan dengan lelaki lain lagi, tidak boleh senang-senang keluar rumah lagi, tidak boleh balik jauh-jauh malam. Tidak boleh sangat minta tolong dengan kawan-kawan lelaki. Semua ni jika anda lakukan jugak setelah kahwin… well, maybe you kahwin dengan suami yang sporting dan tak jealous… tetapi ALL that akan membuat dia merasa tercabar!
 
Adakah anda sedia meletakkan suami lebih dari semua orang? – 
Bukan kawan anda, bukan saudara mara anda, bukan kawan-kawan anda, BUKAN semua orang! Semuanya untuk suami anda, nak buat apa, nak pergi mana, nak makan apa, apa-apa sahaja… MESTI rujuk pada suami, boleh?
 
Adakah anda ready to be a real housewife? –  
Walaupun anda seorang Career Woman, pagi-pagi nak kena pergi kerja. Kena siapkan kerja yang bertimbun… bila anda balik rumah, you’re NOT a career woman anymore, adakah anda ready to face that? You kena kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, gosok baju suami, Kalau jumpa suami yang sanggup buat kerja rumah sama-sama, okaylah. Tapi kalau yang malas, amacam? Very rare suami tolong isteri buat kerja rumah beb…
 
Adakah anda sedia untuk menghadapi ibu mertua mu? 
 Ibu mertua yang akan sentiasa meletakkan anda dalam kategori TAK PANDAI jaga anak dia seperti dia menjaga anaknya sekian lama?  Masakan tak sesedap masakan yang dia masak, bersih tidak sebersih dia. Walau bergunung usaha anda namun satu pun tidak dianggap baik oleh ibu mertua anda, kerana bagi dia, anda telah mencuri anak lelakinya dari dia beb hehehe… sampai bila-bila pun dia akan menyimpan dendam. Cam? Ready nak kahwin?
 
Adakah anda betul-betul ready untuk berbagai-bagai perubahan dan kehidupan lain lagi?
Bukan ingin menakutkan you all…tetapi Cuma mahu memberi gambaran sebenar. Jika you all betul-betul ready well tentu saja boleh berkahwin la kan. TAPI kalau sekadar nak kahwin,kerana semua orang dah kahwin… tetapi belum betul-betul ready lagi… ada lebih baik jangan berkahwin dulu, takut nanti belum apa-apa dah bercerai. Kerana kita sendiri pun selalu sangat melihat pasangan  yang hanya berkahwin beberapa bulan BAMM!! Bercerai!
 
PENTING : Ignore je soalan-soalan bodoh dan menyakitkan jiwa bila pulang ke kampung nanti. Tak perlu jawab, dan tak perlu fikir apa nak jawab… BE SILENT! IGNORE… lagi menyenangkan hati. Kalau boleh get away daripada orang-orang sebegini… kerana mereka sebenarnya AMAT MEMBOSANKAN!
All the best!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...