Thursday, September 5, 2013

Fakta Tentang Tidur

Tahukah anda bahawa tidur mempunyai fungsi yang lebih dari sekadar mengistirahatkan tubuh saja. Kurang tidur boleh menbuatkan memori otak terganggu bahkan sampai tahap boleh bunuh diri. Jadi? Penelitian menemukan bahawa tidur tidak hanya melindung memori dari pengaruh luar tapi juga membantu menguatkannya. Mereka yang kurang tidur dikatakan mempunyai hormon stres, kortikosteron yang lebih tinggi. Hormon inilah yang mengganggu reproduksi sel di otak orang dewasa.

Masalah gangguan hormon kortikosteron ini boleh diatasi setelah anda mendapat tidur yang nyenyak selama seminggu.
Tapi jangan pula menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur. Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam. Namun ramai yang hanya menghabiskan waktu untuk tidur dan istirahat selama 5 jam saja.

Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh mendatangkan risiko masalah kardiovaskular.Hal ini berisiko besar terhadap gangguan jantung. Biasanya ini akan membuat detak jantung anda tidak normal. Tidur boleh jadi penyembuh yang baik. Pada saat inilah pertumbuhan organisme tubuh.

Sebagai contoh tidur boleh menumbuhkan tingkat hormon pertumbuhan dan menganti sistem imune. Pada orang dewasa, kurang tidur boleh menimbulkan depresi berat. Dalam keadaan kurang tidur yang parah, depresi akan bertambah ditambah otak tak boleh berpikir dengan betul, banyak kes bunuh diri juga dikatakan kerana kurang tidur. Amboi…bahaya tue.
  • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
  • Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).
  • Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
  • Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.
  • Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
  • Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
  • Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.
  • Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.
  • Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah.
  • Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita sedang dalam keadaan sadar.
  • Banyak orang menderita insomnia adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi. Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua.
  • Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur.
  • Suhu tubuh  akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit.
  • Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya  mengapa kaum ibu selalu bangun ketika bayinya menangis.


Bagaimana mendapatkan Tidur yang Sihat?
1. Persiapkan diri anda dengan memastikan anda dalam keadaan tenang dan santai sebelum anda tidur. Sebelum beranjak ke bilik tidur, lakukan aktiviti yang ringan. Hindari muzik yang keras dan televisyen. Matikan lampu. Membaca dan meditasi boleh membantu anda bersiap-siap untuk tidur.

2. Pastikan anda mentaati jadual rutin anda dengan tidur dan bangun di waktu yang sama setiap harinya. Tubuh anda akan terbiasa dengan jadual tersebut dan akan terbiasa mempersiapkan tidur yang lena. Pastikan bilik tidur anda dingin dan nyaman

3. Jika anda menghabiskan waktu lebih dari 15 minit di katil anda untuk bersiap tidur, sebaiknya lakukan sesuatu hal yang dapat membuat anda rileks. Akan tetapi jangan anda lakukan diatas kasur. Berada di ranjang saat terjaga malah meningkatkan kekhawatiran kamu tak bisa tidur.

4. Bersenam boleh membuat anda tidur lebih baik, tapi jika senaman itu dilakukan pada waktu yang sesuai. Waktu yang paling ideal untuk melakukan senaman adalah pada pagi hari. Bersenam pada siang hari akan membuat anda rasa mengantuk. Itu kerana senaman membuat tenaga dalam tubuh meningkat.

5. Jangan makan makanan berat sebelum tidur dan jangan mengambil minuman berunsurkan kafein pada malam hari. Jangan merokok, serta meminum alkohol kerana ia dapat mengganggu kemampuan tidur anda.

Saturday, June 15, 2013

Sebelum itu...

Trimester 1
Kata orang, "lain anak lain ragamnya". haa camtu jugek la masa preggy...sunggoh beza dgn yang 1st dulu. kali ni masuk jew 2 bln, mula la sesi mabuk tu mai. Kali ni aku blh mkn tapi langsung takleh minum. Masuk jew air ke tekak, konpem kluar blk. Berterusan sampai keadaan aku agak tak bermaya. Refer ke An-Nur, terus Doc suggest drip air sbb bila check urine pon dah tak clear sbb takleh masuk minum. takot nnt dehydrate. Masuk pon 2 botol sajew. If refer gomen ni, konpem kna admit ward and kena drip air 7 botol! Layankan sajew lah sampai dah masuk 4 bln, dah okay, baru blh minum. Nikmatnya bila dapat minum tanpa muntah lepas tu.

Trimester 2
Masuk bulan ke 5, selera makan makin dasat. Makan, makan dan makan. Pantang jumpa. hehe. Selalu masa checkup aku tak kantoi gula, so aku balun sajew makan tiada pantang. Tapiii...aku selalu kantoi Tekanan Darah Rendah! Doc berkali2 pesan, "makan lebihkan sayur, buah2, minum air putih byk2" which bagi aku rasa gelimat...euw...tu smua benda yang aku tak suka makan jadi jangan paksa. aku akan teruskan nescafe-ku!

Trimester 3
Ok masuk bulan 7, berat ada telebey sudaa...aku nak kontrol makan sbb dah takot nnt baby besaq. Aliff 3.44kg! kali ni aku nak baby 2.5kg jew so senang teran dan tak koyak. fuh. tapi bila dah terlajak makan, habes la. ni alamat baby mst atas 3kg. alahai. masuk 9bln pi scan Doc kata dah 3kg. apa lagi? dalam kepala, camana nak bg cepat bersalin. Tak bleh dah tnggu lagi 4 weeks. nnt berat baby makin naik. Preggy kali ni aku kerap sakit (contraction) which is sgt lain. Dulu tak saket, even pecah ketuban pon still bleh relax. but not with this one. aku apply cuti awal 2 weeks start 29 october. (me was 38 weeks)

29.10.12
pagi     - pi vista msn sebab ada buat korban hari tu.
petang - appointment checkup. bgtau Doc ada sakit yang kerap. Doc ckp nak check jalan. Alamak! i hate this. silap la pi ckp Doc, tunggu jew lah bila masa sampai bersalin jugek. padan! aku tak penah cek bukaan jalan masa checkup biasa, dulu dah pecah ketuban. mmg sakit pon. lagi lah kali ni saja pi serah diri. masuk ja jari Doc aku trus terjerit "sakit!" hey! bkn setakat masuk jari, Doc twist sket td. ades! Doc ckp belum buka lagi, tu Doc dah tlg cepatkan. Aku konpius. Turun jew dr katil, darah menitik-nitik. laju. aku jadi panik. Doc plak lps check rush ke wad nak selesai org lain bersalin. aku panggil nurse.
nurse kata "oh ni biasa puan, mmg lepas check jalan akan bleeding." huh?
aku: "berapa lama?"
nurse: "depends jgk ada org seminggu, ada org sehari dua dah stop"
dahla saket, kena pakai pad pulak. tak pasai.
aku: "mcm mana kalo ada apa2, darah mcm tak stop ja?"
nurse: " kalu puan risau saya blh atur puan admit ward, nnt Doc check jantung baby, BP puan dan lain-lain"
aku: "jap saya rest dan bincang dgn suami dulu" (dalam kepala tanak tapi risaw condition baby, sepanjang aku preggy alhamdulillah tak penah turun darah)
then aku decide nak balik rumah dan rest. 

30.10.2012
hari ni rest saja di rumah. mati kutu dibuatnya. smlm scan baby dah lebih 3kg. risaw. kena seluk smlm pon masih rasa sengal + ngilu gitew. auw. otak berlegar2 mencai plan. cepat la baby kluar, aku dah tak tahan dah. rasa serba tak kena. kali ni sakit. malam nya Allah sajew yg tau, sakit. bila ku bangun rasa macam ada benda nak kluar dr bawah (anak aku lew tew). nak jalan pon takleh. tu contraction makin kuat. tapi aku ni dah lupa camna kira gap contraction. hewhew. so ignore jew lah, pi lena walau pon tdor dah tak lena. 

31.10.2012
menyempat lagik ke Alamanda. sila ke entry sebelum ni Unexpected Family Reunion, memaksa diri berjalan dan berjalan. tapi bila jalan saja sakit. darah dah tak kluar, alhamdulillah. tapi sakit sangat kali ni. sebenornya itewlah petanda turun darah, bkn air ketuban.

to be continue...Pengalaman Bersalin #2



Masa itu Emas?

ANAK: "Ayah, boleh adik tanya satu soalan?"
AYAH: "Boleh, apa dia?"
ANAK: "Ayah, berapa gaji ayah sejam?"
AYAH: "Kenapa adik tanya?"
ANAK: "Saja adik nak tahu... Berapa ayah?"
AYAH: "Gaji ayah RM100 sejam"
ANAK: "Oh! (Sambil menundukkan kepala).
ANAK: "Ayah, boleh adik pinjam RM50?"
          Ayah pun berasa geram...
AYAH: "Kalau alasan adik bertanya gaji ayah tadi hanya untuk meminjam duit untuk membeli mainan, lupakan saja. Fikirkan kelakuan adik...Kenapa adik mementingkan diri sangat? Ayah bekerja kuat untuk kita sekeluarga."

Adik pun masuk ke biliknya dengan perasaan sedih.
Ayah pula berasa sangat marah dengan kelakuan anaknya itu. Berani anaknya bertanya soalan sebegitu hanya untuk meminta duit?
Selang sejam kemudian, ayah pun kembali tenang, dan kembali berfikir dengan rasionalnya:
Mungkin adik betul-betul memerlukan duit RM50 tersebut dan lagipun bukan selalu juga adik meminta duit. Ayah pun pergi ke bilik anaknya itu...

AYAH: "Adik, adik dah tidur?"
ANAK: "Tidak ayah, masih bangun lagi ni".
AYAH: "Ayah telah berfikir, mungkin ayah terlalu tegas dengan adik tadi. Ayah sungguh penat di tempat kerja tadi sebab itu mood ayah tidak baik. Nah, ini duit RM50 yang adik minta..."

Adik pun berasa sangat gembira...

ANAK: "Oh, terima kasih ayah!"
          Selepas itu, adik pun menyelak bantal tidurnya dan mengeluarkan beberapa 

helai wang kertas yang dikumpulnya. Ayah yang melihat adik sudah 
pun mempunyai duit, mulai berasa sangat marah. Adik pula dengan perlahannya menghitung jumlah duitnya...
AYAH: "Kenapa adik meminta lagi duit kalau adik sudah ada duit?"

ANAK: "Sebab duit adik tadi tak cukup, sekarang baru cukup..."

"Ayah, adik ada RM100 sekarang. Boleh adik membeli sejam dari masa ayah? Ayah pulanglah awal ke rumah esok. Adik teringin sangat nak makan malam dengan ayah..."
Si ayah pun berasa sangat terharu. Dia pun memeluk anak kecilnya itu dan meminta maaf.


Self-note: Makpak masing2 sibuk dgn urusan keja, pi keja kul 7 dah kluar rumah, blk sampi di rumah 7 ptg. Hanya ada masa untuk anak-anak 4-5 jam saja sebelom tidor. Weekend lah yang ada utk luang masa dgn anak-anak. Semua sebab demi sesuap nasik. Dunia skrg semuanya duet. rasa mcm value duet pon dah takdak.

Wednesday, April 10, 2013

Appendiks

appendiks? huh...tak penah kena tapi tau la dari crita2 yang penah dengar...sakit bkn kepalang. haa...nak jadikan cerita, petang ahad matreza tetba mintak megi kari. dia ni suka makan pedas pedas. so dia pesan awai2, masak jangan buh ayaq telampau banyak nnt tak pedas, katanya.

aku pon turun la masak. macam aku la, aku buat macam biasa. rasanya kalo dah pedas tu letak ayaq banyak pon still pedas. so aku buh ayaq banyak, bg matreza trus kna marah. kata nya tak pedas. nak pedas lagu mana lagi pon tatau, cuma nasib baik dlm petiais tadak cili padi, kalo idak, harussss aku buh 3-4 bijik lagi kasi pedasss kaw punya. 

dalam kui 2 pagi camtu, matreza kata dia tak sedap perot. macam angin masuk perot. macam sengkak pon iya jugak. aku rasa maybe sbb megi kot, before ni pon penah jadi, so aku assume, nothing la. sakit perut biasa. matreza asik ulang toilet, tdok pon tak lena.

sampai la ke pagi isnin, aku duk siap2 nak pi keja, matreza mintak tolong. mukanya dah lain macam bekerut2 duk tahan sakit. katanya nak drive pon takleh, saket telampau. masa tu aku syak benda laen dah. trus cancel ke keja, call mak aku suh mai jaga baby afiq. aku heret la si alif sekali ke Columbia Asia Puchong. Yang paling dekat dan cepat.

sampai saja, doc check matreza semua bagai, apa dibuat aku pon tak sure. aku kat luaq dgn alif. then by 10 am baru matreza kata doc suh admit wad and petang tu jugek la na operate buang appendiks. haa...betoila appendiks. suka lagi makan pedas pedas. dah tak keruan dari 2 pagi smlm. lama jugek la menahan saket. maaf ya bang, isterimu tidak tahu. tapi, tak la saket mcm i yang nak besalin ni, semacam mau mati rasanya.

since smua bilik sorang full, matreza tepaksa la masuk wad yang ramai2 tu. keadaan sgt tak privacy. masa nak tunggu operate tu around 4 pm, nampak la matreza dah cool sikit. kalau pagi tadi mcam kucing nak beranak...oops! aku pon tnggu la, amek EL la harini, isnin and esoknya tew. tunggu la matreza kat spital. lagipon bkn selalu pon dia saket ni. (actually nya, lebih ke rasa guilty sebab masa duk ngadu sakit, bini blh buat donno).

aku asik berulang dari spital ke rumah. ada anak2 lagi nak kena jaga. mujor la kat bandar puteri ja, dekat. dalam kepala tetba terpikior, nasib la cuma appendiks. kalo bukan, kalo la sakit lain...macam2 kat kepala otak ni. huih...takot plak nak pikior...if something happens to matreza, makna nya semua aku kna tanggung. bkn main2 weh. tu la, matreza cakap sepatah, bepatah2 aku jawab. mmg tak bau sorga. astagfirullahalazim. 

mlm esoknya, matreza minta doc discharge dia. tak tahan katanya, baik rest kat umah. selesa. wad yang mintak pon tak dapat2. dapat MC 2 weeks. huh? susah sgt matreza ni nak MC, such a workaholic. kalo demam biasa2 pon, still pi opis. ada hikmah, Tuhan nak bagi rehat. hmm...nak makan pedas lagi matreza? lagi la mau, appendiks dah buang. hmm...

bg kes emergency kat atas, kalo ke spital gomen, tak sure la ptg tu jugek ka operate or bila. since ni private kan, cepat dan kasi buang trusss. sampai saja bil, boolat dan biru mata hitamku. bukan calang2 nak bayor bil sebegitu rupa. thanks la to majikan matreza cover ING utk staf nya. alhamdulillah. 

moral of the story: sila la amik insurans awai2. semasa sihat kita tak jangka tetba apa akan jadi ke depan. yang penting, apa jadi kat kita, anak2 kita terjamin. wallahualam.


Saturday, March 30, 2013

New Car - Ford Fiesta

Baru kata nak jimat konon, tup-tup beli keta baru...ish...since det kwsp ku tak guna langsung, amek la sikit buat down payment keta baru. hehe. nah dapat jugek keta yang diidamkan dari tahun 2010 rasanya. al kisahnya bemula canggini...masa aku dlm cuti besalin tu, saja2 la pi showroom ford utk tgk, nak test drive lah konon. saja saja suka suka. tapi salah nya ialah bila pi sensorang, maka napsu hati tak dapek dibendung lagi. bisikan ke telingaku entah dari mana, "beli-la win, beli la win...bila lagi...ada diskaun lagi tu, kalo lepas kali ni, munkin tak dpt beli sampai bila2" fuh...begitulah bisikan nya...ditambah pulak dgn sales advisor yg mengapi-apikan ku..."ala, kak...booking ja dulu 300, kalo tanak nnt blh cancel je" haaa...apa lagi? trusss bg det 300. fofi u'll be mine soon.

actually, ada promo CNY masa ni. kalo book time ni, aku dapat diskaun 3k dan dapat join apa ka nama nya tu, lupa. camni la aku cita, for the 1st year, aku cuma bayaq ansuran bulanan rm588. 2nd year tambah sikit, and finnaly bayaran betui punya rm868 adalah pada tahun ke4. mengambik kira kenaikan gaji tahunan, dan munkin jugek ada revise gaji lagi, aku rasa okay lah. why not? bila lagi? and selain itew, dapat 3 year free service.



color kat atas hanya kat europe...lagi setahun dua, mau aku cat color camtu. baru cun! hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...