Apakah
rasa boring? Dalam bahasa Melayu, ia adalah rasa bosan. Rasa bosan timbul
apabila Anda jemu mengadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain,
rasa boring timbul apabila Anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak
dilakukan ketika masa terluang. Awas, boring petanda besar Anda adalah orang
yang tidak ada matlamat.
4 petua bagaimana mengelak rasa boring.
1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
Cari apa yang boleh
dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika Anda tiada apa nak dilakukan,
fikirkan sesuatu yang Anda rasa seronok melakukannya supaya tak sedar masa
berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau
dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing,
walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa boring cari sesuatu
disekeling yang boleh Anda lakukan.
2. Jadi Workaholik.
Orang
workaholik (kata asalnya adalah ‘workaholic’) adalah orang yang suka bekerja,
asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi
dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila Anda
menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa boring, Anda
boleh bentuk diri Anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang
perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan.
Awas, sikap workaholic tak sesuai untuk orang dah kawin. Jika Anda suami, nanti
isteri Anda saman Anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja.
Jika Anda seorang isteri, nanti suami Anda makan megi tiap hari.
3. Set matlamat, azam, cita-cita dan impian.
Selepas itu berusahalah mencapainya!
Orang yang selalu
merasa boring adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup
adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk
mencapai impian itu, lepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara
sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas tu buat. Buat dan terus
buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan Anda akan perasan Anda dapat mengelak
rasa boring sebab Anda sudah tidak ada masa untuk merasa boring. Masa yang ada
terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita Anda.
4. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini
pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa boring
dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam
menyempurnakan tuntan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa
kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan
ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan
melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan
ibadah. Pasti Anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi,
banyak kali sampaikan Anda macam tak mahu berhenti.
No comments:
Post a Comment