Sekiranya Anda memberi sesuatu
kepada orang lain selalunya Anda akan menggandakan hasil yang berlipat kali
ganda buat diri Anda. Dalam sehari-harian kehidupan kita, cuba kita lebihkan
orang lain daripada diri kita sendiri.
Mulakan ianya daripada dasar dan permulaan dulu.
Anda mulakan terlebih dulu di dalam institusi keluarga. Di rumah contohnya,
sentiasalah membuatkan ibu, ayah dan adik-adik Anda merasa senang dengan
kehadiran Anda. Gembirakan mereka, ringankan beban dan kesusahan
mereka. InsyaAllah, semoga dengan kepayahan dan keikhlasan Anda
dalam membantu mereka, akan sentiasa mendapat pandangan dan tempat di sisi
ALLAH SWT.
Kita hidup ni bukan semata-mata untuk mengejar
kejayaan peribadi, namun apa yang jauh lebih penting adalah sejauh mana besar
dan banyaknya sumbangan kita kepada mereka.
Seberapa besarnya hasil yang kita bawa kepada
masyarakat, sehebat mana usaha kita untuk manusia sekeliling… ha, kesemua
itulah yang seharusnya menjadi nilaian pada mata kita.
Anda akan mampu untuk menjadi seorang manusia yang
boleh dilabel sebagai manusia Berjaya, sekiranya anda Berjaya mencapai target
dan aim yang Anda sendiri tetapkan. Tetapi malangnya ramai di kalangan
kita pada hari ini yang kerap kali meletakkan matlamat yang silap dalam hidup
mereka.
“Saya
mahu menjadi seorang yang kaya di dalam 10 tahun lagi, “ …. “ Aku nak pastikan
bahawa aku berjaya menjadi seorang lawyer yang disegani di negara kita, “ .. Ya, saya setuju dengan kenyataan-kenyataan
bersemangat daripada semua rakan-rakan kita itu. Namun, adakah sudah cukup
untuk Anda meletakkan dan menggariskan matlamat dalam hidup seperti itu sahaja?
Berilah,
sumbanglah, sentiasalah melebihkan orang-orang di sekeliling kita… walaupun untuk
sekecil-kecil perkara. Carilah harta dengan penuh iltizam dan
bersungguh-sungguh, niatkan dalam hati, mudah-mudahan lebihan kesenangan yang
diperoleh nanti dapat dikongsi sama oleh semua keluarga, anak –anak dan isteri.
Belajarlah bersungguh-sungguh, capailah impian yang besar-besar, moga-moga
kejayaan itu mampu membangkitkan rasa puas dan kegembiraan yang tidak mampu
diucap oleh ibu bapa Anda.
No comments:
Post a Comment