Monday, February 11, 2013

HaPy CNY

Ancient Chinese wisdom says a Snake in the house is a good omen because it means your family will not starve. This could be taken metaphorically to mean that a Snake could never have a problem with his family starving because he is such a great mediator, making him good at business. Or it could mean that a Snake would be willing to sacrifice his possessions, something the Snake has a lot of, in order to pay for his family’s food. Any way it is interpreted is representative of the Snake’s character and is a measure of the value he puts on his material wealth. The Snake is keen and cunning, quite intelligent and wise.

Years of the Snake
Snake Years are sixth in the cycle, following the Dragon Years, and recur every twelfth year. The Chinese New Year does not fall on a specific date, so it is essential to check the calendar to find the exact date on which each Snake Year actually begins.
1905*1917*1929*1941*1953*1965*1977*1989*2001

THE SIGN OF THE SNAKE
The Snake is the intuitive, introspective, refined and collected of the Animal Signs. They are attractive people who take cries with ease and do not become flustered easily. They are graceful people, exciting and dark at the same time.
Contemplative and private, the Snake is not outwardly emotional. He can appear cunning and reticent and works very modestly in the business environment. The Snake will plot and scheme to make certain things turn out exactly as they want them to. They are not great communicators and can become quite possessive when they set their minds on achieving the interest of a partner.

SNAKE FACTS:
People born in the Year of the Snake share certain characteristics. The Snake Sign is an abbreviated way of characterizing that individual’s personality. Following are features associated with the Sign of the Snake.
Sixth in order, Chinese name—SHE, sign of the sagacity
Hour—9am-10:59am Month—May
Western Counterpart—Taurus
CHARACTERISTICS
Acute, Aware, Cunning, Proud, Vain, Vicious

IN YOUR ELEMENT
The characteristics of the Snake are tempered by one of the five Chinese elements of Metal, Water, Wood, Fire and Earth overlaying a 5-year cycle of characteristics on the original 12-year cycle.

THE WATER SNAKE 1953 AND 2013
Water Snakes are influential and insightful. They manage others well and tend to be good for organizations to utilize as staff. They are quite motivated and intellectual, very determined and resolute about success. They will have what they desire, despite the conclusion or outcome they generate because it is worth it to them to not only be recognized for their efforts, but to be rewarded as well. They are affectionate with their families and friends but do not show this side of their personality to colleagues or business partners.

Friday, February 8, 2013

Kisah LiMa KupanG

cid:image001.png@01CE05F1.0B41C540
Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.
 
Awak tak rehat ke Alif? Ujar saya kpd pelajar ni. 
Tak cikgu. Jawab alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat? 
Jawab alif "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi saya dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu.

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Owh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu. 
Jawab alif dgn bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..
 
Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini...luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.
Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dgh pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.

Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?

Hari ini hari Jumaat. Ayuh kita berazam utk lebihkan sedekah pd hari jumaat yg mulia ini. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kpd anda semua
 

Notakaki : sekadar untuk berkongsi. sama-sama renungkan. Sedih pulak aku baca, lagi lagi nama budak tu Alif...

Monday, February 4, 2013

Apa Itu Istidraj?

Seringkali persoalan ini kita dengar, "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg itu sentiasa dapat kegembiraan seperti dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?"

Seringkali juga jawapan yang kita dengar, "Kadang kala sesuatu anugerah Allah SWT kepada seseorang individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman."

Ada juga persoalan yang seringkali kita dengar, "Kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan." Jawapan yang sering kali diberikan, "Itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa."

Apa itu ISTIDRAJ ?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah SAW bersabda: "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah SAW dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah SAW naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong. Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj.
Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku." katanya sombong.

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah SAW bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul Ãl-Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah SWT.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.

Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Allahu'alam.

Saturday, February 2, 2013

HaRi WiLaYaH

Hari Wilayah Persekutuan (juga disingkat sebagai Hari Wilayah sahaja) ialah cuti umum di Wilayah Persekutuan, Malaysia. Ia disambut di wilayah ini: Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada 1 Februari setiap tahun. 

Tarikh ini bersempena pembentukan Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia dan Wilayah Persekutuan pertama pada 1974. Kuala Lumpur sebelum itu merupakan sebahagian daripada negeri Selangor.

Ibu negara Malaysia juga dipindahkan dari Kuala Lumpur ke Putrajaya pada hari ini pada 2001.



so sempena cuti wilayah, selangor keja...curi masa bawak city pi serbis...mak ai...ramai nya manusia, nak CNY lagi kan...walk in saja lah since mat reza lupa buat appointment...walau pon ramai, aku salute...honda sebis sangat cepat...aku sampai dalam 10 pagi lepas send afiq kat mama, amek nombot ada la lagi 20 orang! berakaq punkok neh...tapi cepat la, dalam sejam dah dipanggil, so tunggu lagi sejam depa serbis city...kul 12 dah abeh...kam fai ah...sebab mat reza keja la aku kena bawak pi, dah aku pon yang guna kan...tapiiii, bil nya tuan punya keta yang bayaq, makaseh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...