Seringkali
persoalan ini kita dengar, "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg itu
sentiasa dapat kegembiraan seperti dapat naik pangkat, murah rezeki dll
sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?"
Seringkali
juga jawapan yang kita dengar, "Kadang kala sesuatu anugerah Allah SWT
kepada seseorang individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu
tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah
nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah
hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik.
Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia
telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman."
Ada
juga persoalan yang seringkali kita dengar, "Kenapa kdg2 kita dah
banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan." Jawapan yang
sering kali diberikan, "Itu tandanya Allah sayang pada kita. Sebabnya
Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan
terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara
hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat,
kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg
Esa."
Apa itu ISTIDRAJ ?
Ianya
adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu
tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah SAW
bersabda: "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat
kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa
orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh
At-Tabrani, Ahmad
dan Al-Baihaqi).
Tetapi,
manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan
pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah
kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih
ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di
dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah SAW dan
berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi
bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,
bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,
bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi hidup mereka biasa
sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang
seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam
indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan
mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang
lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!
Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah
SAW naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong. Nabi Sulaiman,
sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk
di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan
semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan
ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj.
Manusia
yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah
menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu
siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke
kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki
datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam
aku." katanya sombong.
Sebenarnya,
kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk
menghancurkannya. Rasullulah SAW bersabda: "Apabila Allah menghendaki
untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua
sayapnya" (Kitab Nasaibul Ãl-Ibad)
Anai-anai,
jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau
merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya,
Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun
menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba
melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak
melawan Allah SWT.
Buktinya,
Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak
pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu
sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum
mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya
tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud,
yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia
begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan
seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak
ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja
kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama
hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan
sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi,
jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan
yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya dan orang yang
berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah
pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah
bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa
keredhaanNya?
Tetapi
jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah
kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang
besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan
untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak
mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan.
Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang
itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang
diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan
mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas
mengabdikan diri kepada Allah.
Maka
segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang
diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah,
niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Allahu'alam.
No comments:
Post a Comment